Monday, August 9, 2010

URL - Uniknya Nama...!!!


Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: “Kamu sekalian pada hari kiamat akan dipanggil dengan nama kamu dan nama bapa kamu, maka hendaklah kamu memperelokkan nama kamu.” (Hadis riwayat Abu Daud).

Di dalam dunia ini, semuanya bermula dengan nama. Di dalam Al-quran diceritakan bagaimana Allah melebihkan Nabi Adam a.s berbanding lain-lain makhluk ciptaan-Nya (hatta malaikat sekalipun) hanya kerana Nabi Adam a.s diberikan ilmu mengenai “nama”. Bagi memulakan sesuatu pekerjaan juga kita dianjurkan memulakannya dengan kalimah “Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang” (BismillahhirRahmanirRahim).

Untuk membina url blog, anda juga perlu memikirkan satu nama. Gunakanlah kreativiti anda untuk mencari satu nama unik yang akan mewakili blog anda. Kalau boleh anda bina satu nama unik yang belum pernah digunakan oleh mana-mana pelayar internet. Sebagai contoh melalui enjin carian google, anda boleh melihat pada bahagian result untuk menentukan berapa ramai pesaing untuk akses ke blog anda melalui nama yang akan anda berikan pada blog tersebut. Sebagai contoh di bawah ini ditunjukkan hasil carian untuk nama “myhafizputri” di dalam enjin carian google untuk melihat betapa uniknya nama “myhafizputri” yang telah dipilih.




Jadi, apa pentingnya .com, .net, .biz dan sebagainya, sekiranya dengan nama sahaja sudah mewakili blog anda. Internet berkembang dengan pantas, kalau dahulunya “domain” berbayar (.com, .net, .biz dll) melambangkan identiti, namun di akhir-akhir ini “domain” ini bukan lagi melambangkan status sesuatu laman web sebaliknya sejauh mana nilai integriti sesuatu lama web yang menentukan keboleh-percayaan pengunjung laman web tersebut.

Kesimpulannya, carilah satu nama unik bagi mewakili blog anda dan binalah integriti bagi menjamin kepercayaan pengunjung kepada blog yang telah dibina. Dalam mana-mana keadaan sekalipun, tugas yang kedua merupakan tugas yang memerlukan pengorbanan dan kesabaran serta curahan nilai jati diri daripada anda.