Monday, August 9, 2010

Mengapa Blog Dan Bukannya Wordpress


Saya selalu dihadapkan dengan persoalan tentang aplikasi Blog ini. Sebenarnya ramai diantara kita yang masih lagi kabur berkenaan penggunaan Blog di internet, walaupun saban hari membaca Blog yang sarat dengan maklumat, baik dari segi politik tanah air, berita semasa, keagamaan, ekonomi mahupun info berkenaan IT.

Blog sebenarnya adalah seangkatan dengan lain-lain "website" yang biasanya diselenggara oleh seseorang individu dengan penyaluran maklumat yang berterusan. Penyaluran maklumat juga terdiri daripada grafik, audio, mahupun video. Secara umumnya kebanyakan blog adalah menggunakan aplikasi blogger, wordpress, tumblr dan lain-lain.

Dalam Blog ini, saya hanya akan mengupas berkenaan aplikasi blog melalui Blogger sahaja. Kenapa???

1. Melalui Blogger, blog anda lebih mudah untuk diakses oleh enjin carian Google (enjin carian utama pengguna² internet) memandangkan Blogger dimiliki oleh Google.

2. Anda tidak perlu menyewa "hosting" seperti wordpress yang pastinya melibatkan kos tetap. Tambahan pula sekiranya anda mahu menyewa "domain" seperti .com .biz dan sebagainya anda masih boleh melakukannya dengan Blogger.

3. Untuk mengubah sesuatu template, anda hanya perlu melakukan sedikit adjustment pada Blogger tidak seperti Wordpress dimana pastinya melibatkan banyak jenis file. Selain daripada itu untuk Blogger terdapat banyak template percuma yang boleh digunakan.

4. Melalui Blogger anda tidak perlu mempunyai kemahiran tinggi dalam penggunaan kod html bagi membina blog anda, sebaliknya untuk membina blog Wordpress anda perlu mempunyai kemahiran khusus di dalam pengendalian kod html, php dan css.

5. Wordpress sentiasa mempunyai update secara berkala manakala Blogger tidak memerlukan sebarang update memandangkan ianya dikendalikan secara langsung oleh Blogger.

6. Melalui Blogger dengan sedikit adjustment anda boleh meniru Wordpress, manakala untuk meniru Blogger, anda perlu membina semula theme yang begitu sukar dan sudah semestinya memerlukan kemahiran yang tinggi.

7. Secara umumnya bagi mereka yang berminat untuk memulakan perniagaan di internet, Blogger merupakan pilihan bijak memandangkan ketiadaan kos tetap disamping pengunaan kod mudah untuk mengendalikan blog anda sendiri.