Monday, August 9, 2010

Template Mana Satu Yang Nak Dipilih nie

“Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dia-lah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk,” (QS An-Nahl [16]: 125).
Dakwah merupakan aktiviti yang wajib dilaksanakan oleh setiap umat Islam tanpa terkecuali.  Umat Islam, sesuai dengan keupayaan dan kemampuannya, dituntut untuk melakukan dakwah walau di mana jua mereka berada. Dakwah tidak hanya terbatas melalui jalan khutbah di atas mimbar masjid atau pentas-pentas ceramah agama malah di jalan-jalan, rumah, sekolah, tempat kerja, pasar, dan sebagainya juga merupakan tempat untuk medan dakwah.

Seorang guru yang beragama islam sepatutnya menerapkan nilai dakwah dalam pengajaran hariannya melalui jalan mengajak para muridnya hidup di jalan Allah swt. Seorang peniaga mampu berdakwah dengan cara menerapkan prinsip-prinsip Islam dalam perniagaan yang dilaksanakannya. Kakitangan kerajaan juga mampu berdakwah dengan menerapkan akhlak, nilai dan moral Islam dalam tugas seharian disamping mengajak masyarakat untuk sama-sama mentaati prinsip Islam.

Salah satu medan dakwah yang wujud masa kini adalah melalui tapak gerbang maya yang mampu dilakukan oleh sesiapa sahaja sama ada suri rumah, pelajar, cendekiawan dan sebagainya. Pendek kata, semua orang mampu berdakwah sesuai dengan keupayaan dan kemampuannya.

-------------------------------------------------------

Template

Template merujuk kepada layout/rekabentuk/susun-atur sesuatu blog. Melalui Blogger, template blog boleh diubah-suai mengikut selera pemilik blog berkenaan. Blogger membenarkan template blognya dihasilkan /disusun dengan menggunakan kod HTML dan XHTML. Berdasarkan situasi semasa, template yang menggunakan kod XHTML merupakan pilihan utama malah seakan-akan menjadi antara identiti Blogger.

Template-template blog, boleh didownload secara percuma melalui internet, sebagai contoh anda boleh menaip perkataan "free blogger template" di dalam kotak carian google untuk mendapatkan pelbagai pilihan template yang ingin digunakan. Walaubagaimanapun, bagi mereka yang ingin mengubah template blog, adalah dinasihatkan supaya terlebih dahulu melakukan backup template sedia ada bagi menegelak berlakunya kesilapan semasa penukaran template memungkinkan blog anda tidak dapat dipaparkan.

Perlu diingat, template merupakan pandangan pertama pengunjung blog. Template mencerminkan tanggapan awal berkenaan identiti anda selain daripada artikel yang dimuatkan. Maka berhati-hatilah dalam memilih template. Sekiranya blog anda bercorak keagamaan janganlah template yang dipilih menampakkan sebaliknya. Perlulah ada keserasian diantara template blog dan hala tuju blog. Selamat membuat pilihan...

Insya-Allah, sekiranya diizinkan, saya akan cuba mengupas berkenaan cara mengubah template dan kod-kod template yang biasa digunakan.