Monday, August 9, 2010

Favicon - Logo Yang Melambangkan Prestij

Ketaqwaan seseorang muslim itu dapat diukur melalui sejauh mana penerapan nilai-nilai islam dalam kehidupan seharian beliau. Sembahyang sebagai contohnya, perlu dijadikan sebagai lambang kekuatan iman seseorang. Adakah kita telah pun menunaikan tanggungjawab kita sebagai seorang muslim, dengan melaksanakan ibadah sembahyang secara sempurna?! Bak kata seorang ustaz yang saya kenal, "Tepuk dada tanya Iman, jangan tanya Aiman..., nanti dia jawab... Aiman tak kisahhhh"..
Sembahyang itu merupakan tiang agama. Jadikanlah ia sebagai jati diri kita.

Favicon merupakan lambang prestij sesuatu laman web. Sebagaimana Yahoo, Google dll yang mempunyai lambang tersendiri, Anda juga perlu membina Favicon Anda. Blog anda akan dilihat sebagai satu laman web dan bukannya Blog biasa apabila ia telah mempunyai Favicon tersendiri. Jadi jangan lepaskan peluang untuk membina Favicon anda.

Hafiz Putri menggunakan lambang sebagai Favicon kumpulan kami. Apa itu Favicon? Lihat gambar di bawah untuk mengetahui apa itu Favicon.



Read more...

Template Mana Satu Yang Nak Dipilih nie

“Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dia-lah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk,” (QS An-Nahl [16]: 125).
Dakwah merupakan aktiviti yang wajib dilaksanakan oleh setiap umat Islam tanpa terkecuali.  Umat Islam, sesuai dengan keupayaan dan kemampuannya, dituntut untuk melakukan dakwah walau di mana jua mereka berada. Dakwah tidak hanya terbatas melalui jalan khutbah di atas mimbar masjid atau pentas-pentas ceramah agama malah di jalan-jalan, rumah, sekolah, tempat kerja, pasar, dan sebagainya juga merupakan tempat untuk medan dakwah.

Seorang guru yang beragama islam sepatutnya menerapkan nilai dakwah dalam pengajaran hariannya melalui jalan mengajak para muridnya hidup di jalan Allah swt. Seorang peniaga mampu berdakwah dengan cara menerapkan prinsip-prinsip Islam dalam perniagaan yang dilaksanakannya. Kakitangan kerajaan juga mampu berdakwah dengan menerapkan akhlak, nilai dan moral Islam dalam tugas seharian disamping mengajak masyarakat untuk sama-sama mentaati prinsip Islam.

Salah satu medan dakwah yang wujud masa kini adalah melalui tapak gerbang maya yang mampu dilakukan oleh sesiapa sahaja sama ada suri rumah, pelajar, cendekiawan dan sebagainya. Pendek kata, semua orang mampu berdakwah sesuai dengan keupayaan dan kemampuannya.

-------------------------------------------------------

Template

Template merujuk kepada layout/rekabentuk/susun-atur sesuatu blog. Melalui Blogger, template blog boleh diubah-suai mengikut selera pemilik blog berkenaan. Blogger membenarkan template blognya dihasilkan /disusun dengan menggunakan kod HTML dan XHTML. Berdasarkan situasi semasa, template yang menggunakan kod XHTML merupakan pilihan utama malah seakan-akan menjadi antara identiti Blogger.

Template-template blog, boleh didownload secara percuma melalui internet, sebagai contoh anda boleh menaip perkataan "free blogger template" di dalam kotak carian google untuk mendapatkan pelbagai pilihan template yang ingin digunakan. Walaubagaimanapun, bagi mereka yang ingin mengubah template blog, adalah dinasihatkan supaya terlebih dahulu melakukan backup template sedia ada bagi menegelak berlakunya kesilapan semasa penukaran template memungkinkan blog anda tidak dapat dipaparkan.

Perlu diingat, template merupakan pandangan pertama pengunjung blog. Template mencerminkan tanggapan awal berkenaan identiti anda selain daripada artikel yang dimuatkan. Maka berhati-hatilah dalam memilih template. Sekiranya blog anda bercorak keagamaan janganlah template yang dipilih menampakkan sebaliknya. Perlulah ada keserasian diantara template blog dan hala tuju blog. Selamat membuat pilihan...

Insya-Allah, sekiranya diizinkan, saya akan cuba mengupas berkenaan cara mengubah template dan kod-kod template yang biasa digunakan.



Read more...

Binalah Sekurang-kurangnya Satu Blog!

Firman Allah dalam al-Quran - Surah Al-Alaq (96:1-5) yang bermaksud: “Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang Menciptakan. Dia yang telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah. Yang mengajar (manusia) dengan perantaran Qalam (perantaraan tulis baca). Dia yang mengajar manusia apa yang tidak mereka ketahui.”

Apa yang dapat diambil dari ayat di atas adalah:-

1. Dari kalimah iqra’ (bacalah), jelas menunjukkan tugas menuntut ilmu adalah merupakan satu tugas wajib bagi setiap umat islam.

2. Teknik belajar yang dianjurkan adalah melalui perantaraan Qalam (tulis baca). Qalam dalam hal ini besar kemungkinan merujuk kepada media penyaluran maklumat baik dari segi media tradisi mahupun media masa kini. Dalam erti kata lainnya disamping mendapatkan maklumat secara teus daripada media penyaluran maklumat, umat islam juga perlu menyalurkan kembali maklumat yang diterima bagi memastikan maklumat tersebut terus berkembang sesuai melalui perantaraan zaman.

Dalam era teknologi maklumat masa kini, janganlah kita membiarkan umat islam jauh tertinggal. Adalah menjadi kewajipan kepada setiap umat islam untuk belajar dan terlibat secara aktif dalam teknologi ini, bagi memastikan keunggulan islam dapat dipelihara. Melalui kewujudan laman-laman web, pemikiran seseorang individu bebas untuk disalurkan tanpa adanya penapisan. Disamping dakyah daripada mereka yang bencikan islam sehinggalah pemikiran bebas yang tidak disempadani dengan batas syariat telah menjadi sesuatu yang mudah dikongsi dengan hampir setiap pengguna internet tanpa mengira batas usia mahupun tahap aliran pemahaman.

Untuk mempelajari teknologi maklumat masa kini, sebagai umat islam kita perlu “terjun” ke asas dengan mendalami konsep “tulis-baca” yang ditegaskan dalam Surah Al-Alaq. Kita perlu membasahkan keringat untuk mendalami teknik penyaluran maklumat di dalam media maklumat masa kini. Kalau dahulunya kita lebih suka mendapatkan maklumat melalui laman-laman web, sudah tiba masanya untuk kita menyalurkan dan mengembangkan maklumat yang kita terima melalui laman kita sendiri.

Bagi menggemblengkan usaha, setiap umat islam perlu mempunyai tapak untuk bermula. Untuk memudahkan pemahaman adalah dicadangkan agar setiap dari kita bermula dengan blog. Binalah sekurang-kurangnya satu blog. Pelajarlah teknik untuk meletakkan “post” dan perkara-perkara asas yang lain. Insya-Allah melalui niat murni, kita akan dipermudahkan untuk mendalami cabang ilmu ini. Berilah nilai kepada konsep “tulis- baca” yang ditegaskan dalam surah Al-Alaq.


Read more...